Friday, September 27, 2013

HERBALIFE IN MY LIFE

Salam Spectacular 2014,

Alhamdulillah, genap seminggu berlalunya event terbesar untuk Distributor Herbalife di Malaysia iaitu Zero to Hero Edisi-11. Ini adalah Z2H pertama aku dalam Herbalife & 1st big event yang aku join since decide to do Herbalife on June 2013.

Z2H membuka mata aku tentang Herbalife, dimana sebelum ni hati aku 50-50 about Herbalife company. Tak dinafikan aku macam yakin tak yakin jer nak buat part-time Herbalife pada mulanya, dengan tak pandai nak cakap dengan orang, tak reti nak branding sampaikan kalau pergi makan kat mana-mana aku macam segan nak bawa botol 2 liter warna orange tu (sebab besar gedabak). haha kelakar pulak bila ingat balik. Apatah lagi nak pakai button Herbalife yang tulis: "TURUN BERAT BADAN ANDA TANYA SAYA BAGAIMANA !" Aku terfikir kalau aku pakai button tu macam 'poyo' kot, so end up tak berani nak pakai. So memang slowly la business aku di awal-awal dulu & tak ada kawan-kawan yang tau aku buat Herbalife.



Ini la button yang dah mengubah hidup ramai orang-orang yang berjaya dalam Herbalife.


Actually aku diperkenalkan dengan Herbalife oleh kawan sekolej dan sekelas masa study Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat kat UiTM Perak dulu iaitu Norliana Haryani or you all boleh tengok fb dia di https://www.facebook.com/norliana.haryani?fref=ts . Dia pun Herbalife Personal Wellness Coach merangkap sponsor aku dalam Herbalife. Dia memang sabar dengan aku sebab tak 'give up' langsung invite aku pergi event Herbalife. Seingat aku la dari bulan Mac 2013 dia ajak aku tapi bulan Mei 2013 baru aku nak ikut dia pergi HOM (Herbalife Opportunity Meeting) kat Taipan Senawang, itu pun aku datang HOM time dah habis sebab niat aku nak merasa Shake yang free tu jer sebenarnya (hahaha jahat giller aku semata-mata nak everything F.O.C). Kebetulan malam HOM tu ada Mega Shake Party, 'heaven' sangat sebab dapat rasa shake Tropical Fruit Flavor.

Rentetan peristiwa rasa 'free shake' tu, keesokan harinya aku terus Whatsapp Liana untuk order 1 F1 Shake Perisa Dutch Chocolate sebab aku suka minum Milo & Hot Chocolate. Macam-macam juga la aku tanya dia, yang dia pun layan jer kerenah aku tanya itu ini padahal nak beli 1 F1 jer. Thank you friend sebab sabar melayan pertanyaan aku yang kadang-kadang tu tak masuk dek akal. 
Dan bermulalah kehidupan aku as 'Herbalifer' & 'Product Lover'.


F1 Shake pertama yang aku minum untuk Healthy Breakfast

Mula hanya dengan F1, seminggu aku dah rasa 'The product is really work', aku rajin giller google pasal Herbalife sebab Liana kata baca blog-blog other Herbalifer. Dia sebut banyak giller nama-nama blogger Herbalifer ni. Hari-hari aku study pasal Herbalife. Dia pula start promote aku beli Teamix flavor Lemon & Hibiscus untuk bantu proses Lose Weight walaupun pada awalnya aku just ikut program 'Healthy Breakfast' sebab tak cukup bajet sangat. Then after 2 week consume shake aku beli pulak Teamix 50 g dengan tujuan utama nak hilangkan rasa mengantuk lepas lunch. Teruk kot lepas lunch jer aku boleh tidur kat mana-mana jer (masa jadi Supervisor butik aku tidur bawah kaunter ok!) sebab memang akan mengantuk secara tiba-tiba sampai tak boleh celik mata langsung (tanda badan tak sihat & mula nak sakit). Nasib bertemu dengan Herbalife sebelum terlambat.


Khasiat yang terkandung dalam Teamix Lemon & Hibiscus

Kalau nak cerita pasal nutrisi Herbalife ni rasanya setahun belum tentu habis. In sha Allah aku akan cerita in details di dalam entry akan datang.

Nak sambung cerita pasal Zero to Hero, dimana 1st time aku invest duit untuk datang training to grow in the business sebab everytime datang HOM, STS & 500 Class aku asyik dengar Zero to Hero for hundred times. I'm wondering what is Zero to Hero? why is it so special? Tanpa berlengah aku terus beli tiket yang berharga RM 280 for 2 days 1 night training di Gambang Resort City. Bak kata Abang Rudi - President Team: you must pay for success. Aku rasa 'sesuatu' sangat pasal Z2H ni yang influence aku untuk pergi ke sana.

Memang aku rasa something special about Z2H once aku melangkah masuk ke hall yang sangat crowded dengan lautan manusia dari seluruh Malaysia (tersepit, terhimpit & dihimpit masa nak masuk Hall- aku dapat rasa macam mana grandparents aku rasa masa menunaikan Haji dulu), dan ada jer distributor dari Singapore & Indonesia. Almost 80% yang memenuhi hall adalah GenH (young generation below 30 years old) dari berbagai background. AWESOME BABE!

In sha Allah aku sambung cerita Z2H ni kat entry seterusnya. Z2H dah betul-betul merubah hidup ramai orang yang dulunya susah sangat & menghidap macam-macam penyakit, tapi lepas 11 Z2H their life was totally changed! It have been proven!

Kisah aku pula lepas 3 bulan mengamalkan nutrisi Herbalife secara serius dan berpuasa pertama kali dengan nutrisi Herbalife, inilah hasil di Hari Raya yang lalu seiring dengan tagline Herbalife, "Sihat bertenaga di bulan puasa, Langsing bergaya di Hari Raya":




Testimoni: 
Turun 7 kg dalam masa 3 bulan plus Ramadhan yang sangat-sangat AWESOME! Improved masalah resdung kronik, keletihan & migrain. Dulu period pun tak teratur & senggugut sampai hari ke 3. Baju dari size XL, sekarang dah pakai size M. Seluar yang dulunya size 33 sekarang dah size 28. Body totally re-shape. 

Alhamdulillah dari segi attitude pun aku dah lebih positive & kurang panas baran (kalau tak dulu selalu sangat nak marah & melenting tak tentu pasal).


Semoga Allah memberkati usaha aku dan kawan-kawan Herbalifer yang lain untuk membantu lebih ramai orang untuk jadi sihat, dan membebaskan Malaysia dari masalah berat badan & kesihatan. In sha Allah Herbalife ni akan jadi career part-time aku sampai bila-bila. Amin...



Minat nak tahu lebih lanjut tentang Herbalife?
Boleh contact : 012-7561418 (ALYA YAHYA)
Email: noralyaasnayahya@yahoo.com

P/s: Jangan malu atau segan nak tanya, boleh SMS, Whatsapp & komen disini.




No comments:

Post a Comment