Thursday, December 25, 2014

FAMILY VACATION : MIRI, SARAWAK PART 1

Bismillah....

Dah lama sangat tak ber-blogging disebabkan busy dengan urusan harian. 
Bila dah bercuti ni baru ada masa nak menaip kat blog yang dah lama 'bersawang' ni.

Tengok entry pun dah tau kan. Kami sekeluarga bercuti ke Miri, Sarawak dari 25 Disember hingga 31 Disember 2014. Boleh dikatakan kami sekeluarga akan bercuti setahun sekali. Alhamdulillah.... 

Banyak tempat yang nak dijelajahi sepanjang seminggu ni. Kenapa memilih ke sini? Sebab kami nak mengimbau memori suatu ketika dulu. Dah 16 tahun tinggalkan bumi Miri terlalu banyak yang dah berubah. Memang aku ambil masa ni untuk menziarahi jiran & kawan lama. Teringat kenangan masa kanak-kanak ribena dulu. Hehehe





Masing-masing bosan naik flight selama 2 jam. Nasib boleh dengar lagu & tengok movie. Hehehehe 
Alhamdulillah setelah 2 jam kami selamat sampai di Airport Miri. Hari pertama ni jalan-jalan sekitar bandaraya Miri, disebabkan flight pagi so banyak masa nak berjalan.

Nantikan entry seterusnya nanti....



Thursday, September 25, 2014

SAY GOOD BYE TO VIETNAM...FINAL PART OF HO CHI MINH CITY TOUR

Bismillah....

Lama juga ambil masa nak update entry ni, nak cerita pasal last day kat Vietnam. Selama 4 hari 3 malam kat sana banyak juga menyimpan kenangan manis walaupun terasa percutian ni singkat tapi sangatlah bemakna sebab dapat jalan-jalan tengok tempat orang, belajar pasal sejarah Vietnam dan yang penting boleh havov dengan besties (best part ever!). Alhamdulillah Allah bagi rezeki lebih untuk pergi vacation luar Malaysia, syukur sangat sebab dapat kumpul duit & reward diri lepas penat bekerja. Rasa puas tu lebih sebab dari A to Z memang fully guna duit sendiri, semoga next year ada peluang lagi dan rezeki melimpah ruah...amin...ya rabbalalamin....

Last day before balik Malaysia sempat lagi last minute shopping kat Ben Thanh Market, cari souvenir untuk kawan-kawan. Kemudian siap-siap untuk check out dan gerak ke airport. Kena gerak awal sebab bandar Ho Chi Minh ni sentiasa jem tak kira masa. Otw ke airport kami singgah di Post Office Ho Chi Minh untuk ambil gambar kenang-kenangan, orang kata post office depa unik & antik. Memang sungguh la...semua pakat posing tak ingat dunia termasuk la aku dan kawan-kawan aku. Layan.....







Sampai airport lebih kurang jam 12 waktu tempatan, prepare untuk check in luggage & rest kejap sementara tunggu take off. Badan memang rasa lenguh-lenguh sebab banyak berjalan & pack dengan schedule jalan-jalan sekitar Ho Chi Minh. Pada pendapat aku Vietnam ni sesuai untuk sesiapa yang nak bisnes kain atau baju atau saja-saja nak shopping sebab barang-barang kat sana memang sangat murah & you can bargain according to your price. Tak rugi pergi berkali-kali sebab kat sana memang syurga beli-belah untuk perempuan (nasib aku jenis tak fanatik sangat nak shopping kain ni...hahahaha). Rasa nak repeat gi sana lagi ...ok bai! sila kerja kuat supaya boleh reward diri pergi lebih jauh lagi....hahahahaha








Setibanya di bumi Malaysia tepat jam 7:20 malam. Rindu masakan Umi, rindu Malaysia dan rindu segala-galanya. Semoga bertemu kembali kota Ho Chi Minh....



Monday, September 15, 2014

VIETNAM TOUR PART 3

Bismillah....


Sambungan hari ketiga di Ho Chi Minh, 10 September 2014.

Hari ketiga adalah hari belajar sejarah Vietnam di Cu Chi Tunnel. Perjalanan kesana memakan masa selama 2 jam lebih melalui highway. Sepanjang perjalanan kesana sangatlah mencabar kerana Cu Chi Tunnel ni terletak di kawasan pedalaman, korang akan nampak perkampungan dan kebun getah sepanjang perjalanan kesana. Apa yang menarik melalui penceritaan tourist guide kami kawasan kebun getah tu diisytihar sebagai kawasan larangan kerana masih lagi terdapat periuk api yang masih aktif dan dibawah kawalan kerajaan.

Setibanya di Chu Chi Tunnel kami dibawa kawasan-kawasan peninggalan sejarah peperangan antara Vietnam dan Amerika. Sepanjang jalan akan ternampak lubang-lubang kecil iaitu terowong yang menjadi tempat persembunyian tentera-tentera Vietnam di zaman peperangan dulu.





Sepanjang journey di Cu Chi Tunnel staff ni banyak menceritakan sejarah peperangan di Vietnam suatu masa dulu. Tak terjangkau dek akal rasanya bila dengar story dari beliau, memang rasa amazing dengan kebijaksanaan tentera yang membina terowong sepanjang 250km. 


Lubang-lubang kecil ni adalah ventilation hole dimana setiap tentera yang bersembunyi di dalam terowong ni tak akan rasa lemas dengan adanya lubang pernafasan ni. 



Antara terowong yang menjadi tempat persembunyian tentera Vietnam, setiap satunya terdiri dari 3 level bawah tanah...boleh imagine tak dalamnya terowong tu, semakin dalam semakin kecil...subhanallah...dan aku memang tak berani nak melalui terowong tu cuma mampu amik gambo acah-acah masuk aje (kemain senyum Cik Aloya...hihihi).


Setelah selesai lawatan ke Cu Chi Tunnel kami dibawa menikmati juadah makan tengah hari di restoran Halal Saigon di tengah-tengah bandar Ho Chi Minh. Alhamdulillah terasa kesedapan masakan melayu...tapi tetap jugak tak menepati selera Cik Aloya (nasib aku bawa bekal shake Herbalife (Cookies n Cream from Taiwan campur protein...yummy) untuk breakfast, wajib uollss barulah Cik Aloya maintain gain muscle...yeeahhhh).





Ikan siakap ni mengingatkan aku masa trip gi Bandung last year, femes ikan ni kat Indon. Memang tak sangka kat Vietnam pun boleh makan masakan yang sama. Rangup sangat tulang dia....


Depan restoran ni ada masjid kiranya masjid terbesar di Ho Chi Minh City. Lepas makan terus boleh solat Zuhur (bagi musafir boleh la terus tunaikan solat jamak dan qasar).



Lepas makan kami dibawa ke War Museum untuk melihat sendiri kesan-kesan peperangan di Vietnam suatu masa dahulu. Kesimpulannya hari ketiga adalah hari mengenal sejarah Vietnam dah nama pun trip so kena la take part every single event tu kan. Best jugak la muzium ni walaupun ngeri nak tengok gambar-gambar kat situ, memang totally different dengan Muzium Negara Malaysia yang penuh dengan barang-barang, kat situ korang hanya boleh tengok gambar je. 




Maaflah tak cukup pro lagi nak amik gambo nama penuh muzium ni, maklumlah guna handphone aje....layan.....hihi



Percubaan selfie muka sedih..jadilah kot hihi sila abaikan tudung Cik Aloya yang senget.


Malam terakhir di bumi Vietnam kami sambung jalan-jalan di Ben Thanh Night Market sambil cari souvenir dan cuci mata..hahaha walaupun hujan renyai-renyai tetap gigih nak berjalan. Macam biasa before jalan makan dulu di Nabil Bryani House, lauk malam tu best sangat....berselera Cik Aloya makan.



Kami semua pakat amik gambar kenangan kat lobi hotel sambil tu receptionist hotel pun enter frame sekali. Nasib cun, lol!



Semua buat muka camtu sebab receptionist hotel ni yang suruh. Kalau tak jangan harap la Cik Aloya nak bergambo rupa ini. Tapi comel je semua...hahaha tetap tak boleh lawan miss vietnamese ni. Omey angat dia!


Last but not least nak tunjuk sikit gambar ala-ala pahlawan perang. Gambar favorite aku setakat ni....kawan aku kata muka aku dah macam orang Vietnam...cittt sabo je la....


Ada lagi kesinambungan cerita Vietnam Tour ni. Sehingga bertemu lagi di entry akan datang....

Saturday, September 13, 2014

VIETNAM TOUR PART 2

Bismillah.....

Kesinambungan dari Part 1.....

Day 2, 9 September 2014 : Exploring Mekong River and Shopping

Hari kedua di bumi Ho Chi Minh kami dibawa ke Sungai Mekong lebih kurang 70km dari Ho Chi Minh City yang memakan masa 2 jam perjalanan melalui highway, terasa lama sangat sebab highway tu tak ada apa-apa pun cuma pemandangan sawah padi sepanjang kiri dan kanan jalan (aku sampai dua tiga kali juga tidur dan terjaga tapi tak sampai-sampai...nampak sangat boring kan). Keadaan traffic disana sangatlah sibuk, dimana-mana saja korang akan nampak motosikal yang bermaharajalela, kereta jarang sekali nak jumpa dan bas pun seolah-olah 'takut' dengan motor hahaha. Aku dah ala-ala culture shock jugak la tengok keadaan jalan raya kat sana, siap rakam video untuk kenangan gitu. Meh view sikit keadaan traffic kat sana.





haaa...boleh nampak tak kesibukan kota Ho Chi Minh? kalau aku diberi peluang drive kereta kat sana rasanya tak kot....hahaha seram.... Bagi aku inilah keunikan cara hidup seharian diorang yang korang tak jumpa kat Malaysia (bila balik sini aku macam fobia tengok motor...lol!)


Seperti gambar diatas tu perjalanan ke Sungai Mekong dari jeti kami naik bot laju untuk ke sebuah perkampungan di sana. Sebenarnya aku tak suka naik bot ni, air laut or sungai aku memang tak suka...fobia...hahaha tapi terpaksa beranikan diri babe...haruslah menyahut cabaran ala-ala fear factor. hihihi. Sampai je kat perkampungan tu kami dibawa ke ladang ternakan lebah dan berpeluang merasa air madu asli dan buah-buahan tempatan yang fresh dari ladang. 




Saat paling menggerunkan dah tiba...hahaha rupanya nak balik ke seberang kena naik sampan...tu dia gelabah jugak tapi ku gagahi jua untuk sahut cabaran dan ini hasilnya....


Tyara : Tak nak amik gambar ke?
Aku : Tak nak takut hp jatuh dalam air... (kolot sangat...hihihi)

Akhirnya berani jugak selfie...hihihihi pastu dah macam viral pulak.... *gambar cantik-cantik semua Tyara yang snap.




Salute aku kat adik ni sebab dengan gagahnya dia mendayung, abang dia tolong dari belakang. *maaflah seksi sikit adik ni....hihihi sepanjang perjalanan (2km) aku macam nervous lebih-lebih lagi bila rasa sampan tu macam goyang-goyang... tips untuk adik ni aku bagi RM5 sebab kesian dia dok mendayung kami seramai 4 orang dalam satu sampan tu. *tips memang tanggungan sendiri dan tak termasuk dalam pakej.


Gambar bawah ni acah-acah berani padahal dalam hati hanya Allah yang tau level adrenalin aku tinggi lagu mana. hahaha *ni semua keje budak soymell Tyara. 


On the way balik kami semua dibawa ke kilang kain, macam-macam ada kat sana wooooo nampak je signboard kilang tu aku dah rasa 1000 satu macam ketakutan...hahaha nafsu perempuan ni kalau tak banyakkan zikir dan munajat memang rakus semacam, so tips nak kawal nafsu tu istighfar la bebanyak uollss kalau tak nanti macam nak bawak balik kilang tu sekali.




Nampak tak longgokan kain...macam-macam jenis fabrik ada dijual seperti cotton, silk, chiffon, lycra... tak tergambar dengan kata-kata. Kena pergi sendiri dan rasa sendiri perasaan tu.


Baju ready made pun banyak dijual, harga sepasang baju kurung manik RM48 kalau kat sini orang jual RM100++ aku pun borong untuk adik dan umi. Kain pasang macam cotton boleh dapat serendah RM23 dan keatas, vietnam silk pun RM20++. Baju kurung cotton tak bermanik boleh dapat RM35. Kalau area Ben Thanh Market lagi murah...boleh dapat RM28 sepasang. Kena pandai bargain sebab kat kilang ni memang fixed price. Tapi ok la sebab memang murah giller dari Malaysia.



Hasilnya aku timbang kain yang aku beli beratnya dah mencecah 4 kg. ohemjee ohemjee....berat jugak. Aku borong kain cotton sebab aku memang fanatik dengan fabrik cotton. *memberi ilusi slim babe! (cotton Jakel tak de jual kat sini...hahaha). Kat kilang ni ada jugak jual baju lelaki macam kemeja, jubah, dan jubah chiffon, blouse dan banyak lagi la....shawl half moon chiffon pun murah babe...RM12 jer....sampai Malaysia orang jual around RM30++ nak meniaga boleh le pegi sini.

Nak cerita sikit bab makanan kat sana, untuk lunch kami berhenti makan di masjid berdekatan Sungai Mekong tu. Inilah hidangan untuk makan tengahari. Untungnya pegi trip in group ni makanan terjamin halalnya...tanpa was-was...


Sebelah malam kami sambung jalan-jalan sekitar Ben Thanh Night Market. Boleh kata setiap malam mesti pegi sana. Survey souvenir dan perkara wajib minum kopi Vietnam (walaupun aku bukan coffee lover, tetiba sampai sana aku boleh habiskan 1 cup kopi tu...sedapnya masha Allah...korang kena rasa sendiri la ye).


Makan malam di Warung 1 Malaysia, owner restoran ni memang asal dari Malaysia. Tu dia Jasmine Pandan tea yang sedap walaupun mulanya susah nak telan. hihi....


Muka riang kawan-kawan dapat minum kopi Vietnam yang dibeli di restoran Hajah Basiroh...secawan 20,000 dong bersamaan RM4.00. Kira femes dia macam kopi Starbucks.


Kami juga dibawa melawat ke kilang coconut candy yang creamy....


Dalam perjalanan pulang dari Sungai Mekong tu dapat special treatment, minum air kelapa fresh uollss siap boleh kaut isi di dalam yang manis.... best sangat...


Tamat sudah cerita di hari kedua...nantikan sambungan cerita hari ketiga di entry seterusnya....