Bismillah....
Sambungan hari ketiga di Ho Chi Minh, 10 September 2014.
Hari ketiga adalah hari belajar sejarah Vietnam di Cu Chi Tunnel. Perjalanan kesana memakan masa selama 2 jam lebih melalui highway. Sepanjang perjalanan kesana sangatlah mencabar kerana Cu Chi Tunnel ni terletak di kawasan pedalaman, korang akan nampak perkampungan dan kebun getah sepanjang perjalanan kesana. Apa yang menarik melalui penceritaan tourist guide kami kawasan kebun getah tu diisytihar sebagai kawasan larangan kerana masih lagi terdapat periuk api yang masih aktif dan dibawah kawalan kerajaan.
Setibanya di Chu Chi Tunnel kami dibawa kawasan-kawasan peninggalan sejarah peperangan antara Vietnam dan Amerika. Sepanjang jalan akan ternampak lubang-lubang kecil iaitu terowong yang menjadi tempat persembunyian tentera-tentera Vietnam di zaman peperangan dulu.
Sepanjang journey di Cu Chi Tunnel staff ni banyak menceritakan sejarah peperangan di Vietnam suatu masa dulu. Tak terjangkau dek akal rasanya bila dengar story dari beliau, memang rasa amazing dengan kebijaksanaan tentera yang membina terowong sepanjang 250km.
Lubang-lubang kecil ni adalah ventilation hole dimana setiap tentera yang bersembunyi di dalam terowong ni tak akan rasa lemas dengan adanya lubang pernafasan ni.
Antara terowong yang menjadi tempat persembunyian tentera Vietnam, setiap satunya terdiri dari 3 level bawah tanah...boleh imagine tak dalamnya terowong tu, semakin dalam semakin kecil...subhanallah...dan aku memang tak berani nak melalui terowong tu cuma mampu amik gambo acah-acah masuk aje (kemain senyum Cik Aloya...hihihi).
Setelah selesai lawatan ke Cu Chi Tunnel kami dibawa menikmati juadah makan tengah hari di restoran Halal Saigon di tengah-tengah bandar Ho Chi Minh. Alhamdulillah terasa kesedapan masakan melayu...tapi tetap jugak tak menepati selera Cik Aloya (nasib aku bawa bekal shake Herbalife (Cookies n Cream from Taiwan campur protein...yummy) untuk breakfast, wajib uollss barulah Cik Aloya maintain gain muscle...yeeahhhh).
Ikan siakap ni mengingatkan aku masa trip gi Bandung last year, femes ikan ni kat Indon. Memang tak sangka kat Vietnam pun boleh makan masakan yang sama. Rangup sangat tulang dia....
Depan restoran ni ada masjid kiranya masjid terbesar di Ho Chi Minh City. Lepas makan terus boleh solat Zuhur (bagi musafir boleh la terus tunaikan solat jamak dan qasar).
Lepas makan kami dibawa ke War Museum untuk melihat sendiri kesan-kesan peperangan di Vietnam suatu masa dahulu. Kesimpulannya hari ketiga adalah hari mengenal sejarah Vietnam dah nama pun trip so kena la take part every single event tu kan. Best jugak la muzium ni walaupun ngeri nak tengok gambar-gambar kat situ, memang totally different dengan Muzium Negara Malaysia yang penuh dengan barang-barang, kat situ korang hanya boleh tengok gambar je.
Maaflah tak cukup pro lagi nak amik gambo nama penuh muzium ni, maklumlah guna handphone aje....layan.....hihi
Percubaan selfie muka sedih..jadilah kot hihi sila abaikan tudung Cik Aloya yang senget.
Malam terakhir di bumi Vietnam kami sambung jalan-jalan di Ben Thanh Night Market sambil cari souvenir dan cuci mata..hahaha walaupun hujan renyai-renyai tetap gigih nak berjalan. Macam biasa before jalan makan dulu di Nabil Bryani House, lauk malam tu best sangat....berselera Cik Aloya makan.
Kami semua pakat amik gambar kenangan kat lobi hotel sambil tu receptionist hotel pun enter frame sekali. Nasib cun, lol!
Semua buat muka camtu sebab receptionist hotel ni yang suruh. Kalau tak jangan harap la Cik Aloya nak bergambo rupa ini. Tapi comel je semua...hahaha tetap tak boleh lawan miss vietnamese ni. Omey angat dia!
Last but not least nak tunjuk sikit gambar ala-ala pahlawan perang. Gambar favorite aku setakat ni....kawan aku kata muka aku dah macam orang Vietnam...cittt sabo je la....
Ada lagi kesinambungan cerita Vietnam Tour ni. Sehingga bertemu lagi di entry akan datang....
No comments:
Post a Comment