Tuesday, August 26, 2014

SINGAPORE 2014

Bismillah....

Alhamdulillah kali ke-2 menjejaki bumi Kota Singa, kali ini aku datang dengan menggalas impian dan cita-cita untuk berjaya dalam hidup. Herbalife membawa aku kembali ke Singapore *thank you sponsor, Yana sebab kenalkan aku dengan Herbalife. Journey 4 hari 3 malam di sana banyak meninggalkan kenangan manis buat aku, percutian kedua aku tanpa family dan dalam jangka masa yang lama (rasa sedih sebab tak dapat nak share kegembiraan sepanjang kat sana). Seriuosly sepanjang 4 hari kat sana langsung tak ada masa nak jalan-jalan beriya sangat sebab training dari pagi sampai petang, pastu malam nak rest cukup-cukup plus post-meeting kejap dengan team member, memang betul-betul business trip I tell you. Betul-betul dapat jalan masa last day kat sana. Dalam 1 malam round 1 Singapore, gigih sangat walaupun dalam gelap malam. hahaha jom jamu mata tengok gambar aku dan Yana.



Cita-cita tercapai dimana aku memang berhajat sangat nak bergambar dengan Singa ni...a.k.a Merlion. Walaupun malam tetap maintain. hahaha



Maaf quality gambar tak berapa nak elok, as long as aku dan Merlion.



Candid by Yana...entah masa bila dia snap aku pun tak sedar. Kusyuk layan Whatsapp dari Malaysia.



Aku dan Merlion lagi dan dilimpahi cahaya lampu.


Singapore Flyer, tak dapat naik sebab dah tutup so posing dekat signage pun jadilah.




Aktiviti malam namanya ni, macam dah tak ada hari siang. Layan!!!

HERBALIFE DISTRIBUTOR DEVELOPMENT WEEKEND 2014

Bismillah...

Dah lama rasanya tak buat exercise jari menaip kat blog. Dalam kesibukan tetap curi masa untuk update entry. Entry kali ni aku nak cerita sikit pasal Distributor Development Weekend yang aku attend 2 minggu lepas pada 16 & 17 Ogos 2014 tapi aku sempat attend untuk 1 hari saja iaitu pada hari Ahad, 17 Ogos 2014. Apa yang aku dapat dari 1 hari full day training ni adalah 'positive energy' yang aku rasa semakin hari semakin lenyap dari diri aku (bahaya sangat bila dah start ada rasa camtu, jaga-jagalah wahai hati) & that's why I Love Herbalife so much walaupun sometimes aku rasa Herbalife ni macam 1 kind of hobby aku....hehehe Why I really love to attend Herbalife events ni adalah kerana:

1) Aku dapat 'feel' sendiri precious experiences & moments yang aku tak akan dapat kat mana-mana...ok TAK AKAN DAPAT KAT MANA-MANA so siapa nak rasa kena attend sendiri (contact je aku untuk event seterusnya).

2) Getting new inspiration from guest speaker - most event memang akan invite guest speaker yang saaanggaatt amazing! Dah ada experience dengan Herbalife 10, 20, 30 years ++ ok... as distributor and consumer. (Siapa ada experience consume satu-satu produk tu sampai puluh-puluh tahun? dalam Herbalife je korang boleh jumpa tau). And guess what? aku dah jumpa sendiri orang yang consume Herbalife selama 30 tahun, nampak muda remaja gitu. I is jealous!

3) Boost up positive energy & spirit - highly recommended untuk orang yang penuh dengan negatives vibes! hahaha seriously aku dulu sceptical sangat nak attend event but once dah terjebak aku terus dapat absorb 'positive energy' tu dari guest speaker, orang-orang sekeliling (yang ada dalam training hall) & of course dari sponsor & uplien tersayang....ececeh... sekali terjebak semua event ko akan rasa nak join!!! camtu... (walaupun aku ada ponteng sesekali) normal la tu kan.

Setakat ni aku boleh sum up 3 perkara ni saje that means aku kena attend more and moreee event yaww.... (rasa nak nangis sebab banyak juga event yang aku missed). Bila dengar training yang disampaikan oleh guest speaker yang amazing tu aku sangat tertarik dengan story diorang dimana bukan semua asal-asal kaya babe...mostly datang dari family yang susah & they have going through a lot of difficulties, ada yang student, makan gaji (macam aku, typical human life), housewife & etc...so moral of the story DON'T GIVE UP, JUST STAY & WORK TO ACHIEVE YOUR DREAM.



Director of Outer Nutrition Education Training on stage, Jacquie Carter. Cantik sangat & energetic. Cuba teka umur Jacquie ni berapa? Korang tak akan percaya kalau aku bagitau. hehehe


My favorite skincare, new range from Herbalife which is SKIN7. Awesome result in 7 days *individual result are not typical, it may vary upon individual.



Another amazing guest speaker from Taiwan, GenH President's Team Member, muda lagi dah 15k uols *nanges....growing rapidly through Nutrition Club, dulu nurse kat hospital, disebabkan 1 keputusan besar dalam hidup beliau berjaya membina empayar perniagaan sendiri....qualify every promotion especially FREE VACATION...6 tahun dalam Herbalife, 6 kali beliau qualify FREE VACATION...*nanges lagi....



My next action, next year it's gonna be happen...BIG...BIG EVENT...Special untuk next year, Malaysia & Singapore will be join together in SPECTACULAR 2014, ONLY ON JANUARY 2015. Jom kita pergi beramai-ramai (call me for inquiries, open to ALL DISTRIBUTOR).

Yang best sangat aku dapat record beberapa slot training, sebab senang nak recall bila-bila masa dan dimana-mana. Ibarat study la, nak buat revision kena la revise notes yang korang buat, so boleh apply konsep tu dalam bisnes.

Sekian.....

Tuesday, August 12, 2014

CERITA RAYA 2014

Bismillah....

Rasanya dah terlalu lama tak update blog ni, dah naik bersawang. hahaha banyak benda aku nak share sebenarnya tapi kita relax dulu...share satu satu ye supaya readers or followers tak jemu (ceh macam ramai je followers aku). Tak pe la sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Raya baru-baru ni aku dan family balik kampung kat Mersing, Johor tercinta (semangat JDT). Lama cuti raya tahun ni, hampir seminggu menghabiskan masa kat kampung halaman yang indah nan permai. Tahun ni kami beraya ala kadar je sebab nenek aku sakit, so banyak menghabiskan masa spend time jaga nenek & buat kerja apa yang patut. Ziarah raya pun ikut keperluan & kelapangan je. 

Tak rasa nak taip panjang berjela so jamu mata la ye tengok gambar kami di Hari Raya....*peace

AL-KISAH : RAYA PERTAMA




Tahun ni lebih pada selfie, us-fie, we-fie kaedahnya....hehehehe trending babe!
Abah aku apa keadaan sekali pun senyumannya cukup 'mahal' haha


Antara kegilaan masa kini iaitu 'Monopod' sejenis tools yang menyerupai batang golf tapi sangatlah teruja bila nampak benda ni. Habis makcik-makcik, sepupu sepapat & sanak saudara get ready depan hp dengan aksi spontan masing-masing ala-ala control ayu seperti gadis melayu terakhir. Nak kenalkan sikit la ahli keluarga Haji Abdullah Iman, dari kiri muka paling depan tu : aku (tuan punya blog), diikuti oleh ibundaku...my lovely umi, sepupu, makcik, makcik, adik aku (kawan gaduh cakar mencakar), sepupu (sekepala ni). Nama tak penting, kalau aku mention pun korang tak kenal...lol

Tetiba rindu menusuk kalbu bila tengok gambar ni, sebabnya aku rasa jarang sekali nak berkumpul sama-sama macam ni.

AL-KISAH : RAYA KEDUA

Pakat dengan parents pergi ziarah sedara terdekat, rumah yang wajib dikunjungi untuk merapatkan ukhwah & silaturahim. Antara moment yang sempat terakam...




Abah excited nampak segala macam pokok buah-buahan yang berbuah ranum. Kemain makan rambutan...petik je dari pokok terus makan. hehehe anyway baju raya Abah tu lain beno nampaknya, gasak la kan...





We are excited jumpa baby Nur Zahirah. Pangkat anak sedara ni, so call me auntie Alya...hehehe omeyy angat ie....





Umi pun excited dapat dukung baby Zahirah. Tido je dia ye....


My partner dimana gaduh-gaduh manja, sambil tarik-tarik rambut & cakar-mencakar...my only little sister.


Sedang asyik selfie tetiba ada 1 lembaga besar menjelma... Abah aku selfie jugak babe! hahaha kemain lebar senyum tu ye Pak Ya...



My mum, besfriend & the only queen of my heart...umi ittew...cantik kan? manja gitu...


AL-KISAH : RAYA KETIGA

Beraya kat rumah kawan umi. Ini je gambar yang sempat diambil. Selfie dalam kereta saja....jadilah dari tak ada kan.


Tukar style sat ye... pakai shawl belit-belit lilit-lilit...promote sikit shawl ni dari Pearl Haya Gallery best shawl ni sebab dari fabrik Chiffon Silk dan dress pun dari butik yang sama. Kepada yang berminat jemputlah jamu mata ye dan boleh jugak beli online dari website Pearl Haya 


Setakat ni je yang larat nak cerita...sudah larut malam izinkan tuan puteri beradu...esok nak kerja bak ang... jika ada kelapangan aku akan update dalam next entry....nantikan cerita raya Cik Alya ye....

Stay tune...