Tuesday, August 12, 2014

CERITA RAYA 2014

Bismillah....

Rasanya dah terlalu lama tak update blog ni, dah naik bersawang. hahaha banyak benda aku nak share sebenarnya tapi kita relax dulu...share satu satu ye supaya readers or followers tak jemu (ceh macam ramai je followers aku). Tak pe la sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Raya baru-baru ni aku dan family balik kampung kat Mersing, Johor tercinta (semangat JDT). Lama cuti raya tahun ni, hampir seminggu menghabiskan masa kat kampung halaman yang indah nan permai. Tahun ni kami beraya ala kadar je sebab nenek aku sakit, so banyak menghabiskan masa spend time jaga nenek & buat kerja apa yang patut. Ziarah raya pun ikut keperluan & kelapangan je. 

Tak rasa nak taip panjang berjela so jamu mata la ye tengok gambar kami di Hari Raya....*peace

AL-KISAH : RAYA PERTAMA




Tahun ni lebih pada selfie, us-fie, we-fie kaedahnya....hehehehe trending babe!
Abah aku apa keadaan sekali pun senyumannya cukup 'mahal' haha


Antara kegilaan masa kini iaitu 'Monopod' sejenis tools yang menyerupai batang golf tapi sangatlah teruja bila nampak benda ni. Habis makcik-makcik, sepupu sepapat & sanak saudara get ready depan hp dengan aksi spontan masing-masing ala-ala control ayu seperti gadis melayu terakhir. Nak kenalkan sikit la ahli keluarga Haji Abdullah Iman, dari kiri muka paling depan tu : aku (tuan punya blog), diikuti oleh ibundaku...my lovely umi, sepupu, makcik, makcik, adik aku (kawan gaduh cakar mencakar), sepupu (sekepala ni). Nama tak penting, kalau aku mention pun korang tak kenal...lol

Tetiba rindu menusuk kalbu bila tengok gambar ni, sebabnya aku rasa jarang sekali nak berkumpul sama-sama macam ni.

AL-KISAH : RAYA KEDUA

Pakat dengan parents pergi ziarah sedara terdekat, rumah yang wajib dikunjungi untuk merapatkan ukhwah & silaturahim. Antara moment yang sempat terakam...




Abah excited nampak segala macam pokok buah-buahan yang berbuah ranum. Kemain makan rambutan...petik je dari pokok terus makan. hehehe anyway baju raya Abah tu lain beno nampaknya, gasak la kan...





We are excited jumpa baby Nur Zahirah. Pangkat anak sedara ni, so call me auntie Alya...hehehe omeyy angat ie....





Umi pun excited dapat dukung baby Zahirah. Tido je dia ye....


My partner dimana gaduh-gaduh manja, sambil tarik-tarik rambut & cakar-mencakar...my only little sister.


Sedang asyik selfie tetiba ada 1 lembaga besar menjelma... Abah aku selfie jugak babe! hahaha kemain lebar senyum tu ye Pak Ya...



My mum, besfriend & the only queen of my heart...umi ittew...cantik kan? manja gitu...


AL-KISAH : RAYA KETIGA

Beraya kat rumah kawan umi. Ini je gambar yang sempat diambil. Selfie dalam kereta saja....jadilah dari tak ada kan.


Tukar style sat ye... pakai shawl belit-belit lilit-lilit...promote sikit shawl ni dari Pearl Haya Gallery best shawl ni sebab dari fabrik Chiffon Silk dan dress pun dari butik yang sama. Kepada yang berminat jemputlah jamu mata ye dan boleh jugak beli online dari website Pearl Haya 


Setakat ni je yang larat nak cerita...sudah larut malam izinkan tuan puteri beradu...esok nak kerja bak ang... jika ada kelapangan aku akan update dalam next entry....nantikan cerita raya Cik Alya ye....

Stay tune...

No comments:

Post a Comment