Tuesday, September 24, 2013

AFTER A FEW YEARS....HERE I AM

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah atas izinnya dapat juga aku Sign In kat blog ni (bertahun-tahun aku retry segala macam e-mail & password to access this account), macam mana boleh lupa agaknya. Nasib la celik IT & Technology.

Kalau tengok last entry aku adalah zaman aku study kat UiTM dulu (giller lama berzaman babe! sebab lupa password kan) & that means zaman 'in-matured' aku mula menulis blog. Bila baca balik macam lawak sangat sebab nampak sangat la tiada langsung bakat untuk menjadi penulis blog atau 'blogger'.

Tetapi sejak dah dapat access ke blog ni tiba-tiba jari jemari seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) menjadi galak untuk menaip dan terus meluahkan rasa yang terbuku dihati.

Sekarang, aku dah melangkah ke alam pekerjaan. Diam tak diam dah setahun aku bekerja, sedikit sebanyak pengalaman yang ku himpun, segala pahit manis kulalui, onak dan duri (puitis sungguh ayat aku). Dan dah masuk 'Company' ke-2 pun, nanti aku akan cerita perjalanan karierku ya teman-teman.

Entry kali ni warming up saja tau. In sha Allah lepas ni aku akan 'keep on updating' aktiviti aku khas untuk tatapan you all...

Esok kena 'outstation', nak jumpa jom ramai-ramai turun Putrajaya (Karnival Usahawan Desa 2013), lokasi sila google sendiri. hehe...

Selamat Malam semua....

Wassalam


2 comments: