Tuesday, October 29, 2013

J.O.D.O.H

Bismillah

Mesti ramai yang tertanya apa relevannya entry kali ni dengan tajuk di atas. Bila dah nak masuk tahun 2014 ni bermakna umurku juga bertambah setahun. Dan mulalah ramai yang bertanya bila nak bertemu J.O.D.O.H? Okay soalan cepumas ni! Jawapan standard aku adalah "In sha Allah masanya akan tiba" (ceh skema semacam jer). Kawan-kawan ramai dah membina masjid & mahligai cinta abadi, dan dah ada little Jewel of Jannah (anak), but I'm COOL & okay saja. Terus mendoakan mereka bahagia hingga ke Syurga.

Sebenarnya J.O.D.O.H ni pada pendapat aku bersifat Universal. Datang tanpa diundang, kalau dah jodoh tak ke mana (bak kata orang tua-tua). Di usia 24 tahun ni aku rasa ada baiknya bila dah jumpa Mr. Right a.k.a bakal Imam tu tak payah nak tunggu lama-lama, segerakan perkara yang WAJIB iaitu PERNIKAHAN

Kenapa perlu segera BERNIKAH?

1. Perkara WAJIB dalam Islam.

2. MENGHALALKAN hubungan antara lelaki dan perempuan.
3. Membina keluarga Sakinah, Mawaddah, Warahmah (sekali keluar terms Arab la).

Aku seorang yang suka belajar dari kesilapan lalu dimana kegagalan menjadi kekuatan untuk aku terus memperbaiki segala kelemahan pada diri. Every single thing yang terjadi dalam hidup kita di dunia ni Allah datangkan bersebab, iaitu sebab untuk kita muhasabah diri. For the next aku harap Allah berikan aku J.O.D.O.H yang betul-betul boleh bimbing aku, yang hargai aku apa adanya, yang bertanggungjawab, yang hormat & sayang family aku ,SOLEH (impian setiap wanita) & the most important thing dia mesti 100% SUPPORT aku untuk buat HERBALIFE. Orang kata BERCINTA selepas nikah adalah cinta yang paling indah (I wanna feel it) haha Tak nak cerita banyak sangat sebab perjalanan masih jauh & banyak lagi misi & visi yang belum tercapai but we never knows about HIS plan, seperti kata sponsor aku "Hold tight your believe towards Allah planning", jodoh itu rahsia Allah katanya (deep words sangat).

Aku akan pegang kata-kata ni 'Jodoh itu Rahsia Allah' so aku akan 'simpan' jer bakal husband aku tu sampai hari Pernikahan (suspen sikit untuk uolls). No camera, no picture, no publicity....hahaha (ini dreams aku untuk future plan a.k.a WEDDING). 

Sekarang ni usaha untuk mempersiapkan diri ke arah PERKAHWINAN, belajar apa yang patut, perbaiki diri untuk jadi MUSLIMAH sejati (hiperbola sungguh) - doakan aku dalam mengejar impian yang satu ini. Ameen.... :-) so jangan tanya lebih, seperti "Dah ada calon ke?", "dah nak kawen ke?" kerana yang pasti Allah dah RESERVED seseorang untuk aku (padahal tak tahu pun siapa).

Sekian saja pendedahan eksklusif menjelang tahun 2014.


Sunday, October 20, 2013

ACTIVE WORLD TEAM UNIVERSITY BANGKOK 2014

Salam Spectacular & APAC Vacation 2014,

Entry aku kali ni lebih kepada cerita Upline aku dalam Herbalife yang pergi ke Active World Team University kat Bangkok, Thailand. Hari ni diorang mula training untuk 1st day sampai la hari Ahad nanti. Syok kot tengok pic yang diorang post kat FB, kat Whatsapp group & pic leaders kat Instagram, diorang akan update kisah diorang kat sana every single second okay (terbakar tengok sebab training diorang best sangat) plus dah la dapat travel overseas sambil expand business diorang.

Bukan semua Herbalife distributors yang boleh pergi AWT University ni sebab ada qualification. It is totally different from another local training because AWT & above jer yang boleh masuk hall untuk experience training tu secara LIVE (I will make sure to qualify for AWT University 2014), upline aku kata masuk training sebagai GET Team Member (dimana average income RM5k above)....amin....moga Allah buka pintu rezeki & peluang untuk change pin awal tahun nanti....amin...(nak naik stage untuk World Team Member recognition)....amin...

Once you get started in Herbalife business ni you all memang WAJIB  attend every single training & event yang dianjurkan kerana nak grow in the business mesti belajar. Just imagine ramai students, graduate from many fields nak buat business Herbalife, nak coach people, nak cerita pasal NUTRISI. Can you imagine if student Office Systems Management macam aku nak cerita pasal NUTRITION tapi aku tak tau apa-apa pun, korang rasa boleh ke nak close even 1 botol F1 tu? sah-sah la field of study aku tu about OFFICE MANAGEMENT vs NUTRITION which is TOTALLY DIFFERENT. That's why Herbalife sediakan SUPPORT SYSTEM like HOM (Herbalife Opportunity Meeting), STS (Success Training Seminar), ZERO TO HERO, EXTRAVAGANZA, AWT UNIVERSITY and etc.... dari event & training ni la every distributors belajar untuk jadi PERSONAL WELLNESS COACH, belajar pasal produk dan personality development. Training ni semua bukan nak ajar orang buat business semata, ada jer yang datang sebab nak dapatkan inspirasi dari LIVE TESTIMONIAL dan diorang sendiri ada PASSION untuk belajar pasal produk supaya diorang tahu apa yang diorang consume dari segi penghasilan produk, teknologi yang digunakan, ingredients & etc....

Pokoknya, event & training amatlah penting untuk menjamin kehidupan berkualiti & kesenangan masa hadapan. Dari training ni la melahirkan coach yang berkualiti & polish leadership skills untuk sesiapa yang nak grow.

Tahun ni adalah 1st year aku dalam business Herbalife, so aku memang belum merasa lagi pergi training kat overseas. Masa Extravaganza June lepas aku tak pergi sebab time tu aku tak buat bisnes lagi plus baru sebulan consume Herbalife, blurr lagi masa tu.

Upline aku rajin share pic diorang kat sana, dimana aku rasa sangat inspired & buat aku awake dari mimpi. hahaha sempat juga la aku tidur (target nak cakap dengan 10 new people sehari masih kabur). Apa yang aku tau kalau aku ter 'missed' any classes or training aku mesti macam slow sikit nak kerja, but the miracle will happen kalau aku consistently attend all events (so nampak tak kat situ the power of event).

Jom jamu mata dengan pic dari upline aku:

1. Diorang ni rajin snap moment before naik flight. This is my upline, GET Team Member Nurul Hairi & her husband Azrul. Best dapat bekerja dengan diorang, sama-sama ada dream untuk grow together with the whole organization. Diorang buat Herbalife since study lagi, baru 2 tahun tapi income masha Allah...murah rezeki mereka. Semoga Mill Team before baby lahir...amin....


Apa aku perasan senyuman GET Team ni lain sikit sebab diorang ni dah berada di permulaan menuju  ke President's Team


2. Yang best kalau attend training kat overseas ni, jumpa dengan distributors dari macam-macam negara. Setiap country pula flavor F1 shake lain-lain. Untuk saling melengkapi, biasanya distributors akan tukar-tukar flavor F1 shake. Dengar cerita flavor 'Cookies n Cream' sedap sangat (tunggu la next year time EXTRAVAGANZA akanku tukar banyak-banyak, dah buat research dari sekarang tau, kat India ada flavor 'Mango'). Best kan Herbalife ni, dapat kenal ramai orang dari negara lain, dapat tukar flavor F1 & dapat ilmu lagi tu disamping mengeratkan ukhuwah. Seriously aku nak sangat attend training at overseas, in sha Allah next year...amin... Nak juga tukar Aloe Herbal Concentrate Mango, kat Malaysia ada Original flavor jer.


Diorang tukar flavor Cappucino (Malaysia) dengan Cookies n Cream (Korea), the differences between these two is the weight. Kalau perasan F1 Korea 750g, Malaysia 550 g. Beza 200 g kot.

Memang best jer aku tengok diorang ni, sebab diorang enjoy sangat pergi belajar sambil berjalan tengok negara orang...business trip la katakan. Walaupun abroad tapi income diorang still masuk acc bank tau, balik training tengok-tengok dalam acc dah menggunung (hiperbola sikit) hahaha that's the reality yang aku dah banyak dengar & lihat.

Aku tak sabar nak tunggu diorang balik Malaysia sebab nak Sit Down untuk plan perjalanan career aku dalam Herbalife. Berita gembira in sha Allah next month aku dah qualify for Supervisor. Alhamdulillah, tak sabar nak attend special training for Supervisor, Supervisor Workshop dan tak sabar nak attend Spectacular sebab qualify Priority Access & qualify Party all FREE from Herbalife tau....yahooo..... The best thing is aku nak plan to qualify for World Team Member 2014 sebab akan ada Gala Dinner kat 5 stars hotel babe! Apa yang aku nampak Herbalife offer so many things yang aku mungkin lambat nak capai dalam real life career aku tapi Herbalife it will speeding up my journey, in sha Allah... if you work hard you will deserve for it, it based on what you have done.

This month aku berjaya recruit one of my coachee yang juga cousin aku as Senior Consultant (SC) dimana SC ni adalah langkah awal untuk mulakan bisnes. Cousin aku ni sceptical masa aku awal-awal promote Herbalife, tapi dengan izin Allah dia nak mula consume Herbalife sebab rasa badan mula tak sihat & nak bagi family dia pun consume product. Alhamdulillah, dia pun slowly expand the business among officemates dia. 




Cousin aku ni dah berjaya tukar lemak jadi duit...you all yang masih 'tidur' kat luar tu tak nak ke tukar lemak jadi duit, tukar jerawat jadi duit or earn extra income yang nak cover expenses you all yang banyak complain minyak naik harga tu. (fikir-fikir la dan selamat beramal)

Sejak aku buat Herbalife ni, banyak perubahan dalam diri aku yang orang tak perasan. Journey aku mudah jer, parents aku 100% support aku tak ada halangan langsung, family aku pun consume semua product sama macam aku, parents aku dapat product result & aku sendiri jadi lebih independent walaupun asalnya aku buat part-time Herbalife ni sekadar nak earn extra income RM500 per month. The reason why aku part-time Herbalife sebab aku dah banyak buat bisnes but satu pun tak menjadi sebab cepat give up. Tapi dengan Herbalife ni aku ter 'bisnes' sebab aku nampak ke mana arah aku lepas ni, aku jadi sangat-sangat enjoy doing Herbalife, aku tak rasa stress contohnya disaat product dah nak habis, tak cukup modal nak rolling Allah mesti datangkan aku dengan customer baru or customer yang re-order product. Jika kita ikhlas melakukan sesuatu, in sha Allah segala kesukaran akan dipermudahkan.

No matter what people saying about Herbalife, you just STAY, don't QUIT to early because the moment you quit, the more people will earn in the future. So far memang Allah takdirkan Herbalife untuk aku sebab tak pernah terdetik kat hati nak GIVE UP apatah lagi nak QUIT. Sooner or later I will get what I want, I will achieve my DREAMS because I DARE TO DREAM & work for it!

Jadi dimanakah anda sebenarnya? muhasabah diri sebaiknya. Istiqamah dalam melakukan sesuatu kerana keberkatan itu datang dari-Nya.


ADAKAH ANDA BERANI BERIMPIAN?
MASIH MENCARI 'SESUATU'?
NAK TAHU LANJUT TENTANG HERBALIFE?
TANYA SAYA

FB: Alya Yahya
Twitter: ALYA_YAHYA (AlyaHLF)

Call/SMS/Whatsapp
012- 756 1418

BB PIN
2889665E






Wednesday, October 16, 2013

AIDILADHA 2014: QUALITY TIME WITH MY FAMILY

Salam Aidiladha,

Hari ni raya ke-2 (bajet raya Aidilfitri) haha memandangkan takbir raya masih berkumandang tak terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga pengorbanan kita semua dilimpahi barakah dari-Nya.

My company bagi cuti dari hari Isnin so boleh aku berehat sepuasnya walaupun bisnes berjalan seperti biasa (refer to part-time Herbalife Personal Wellness Coach). Hari Isnin tu sibuklah aku tolong sorang downline yang juga cousin aku untuk upgrade ke 35% (Senior Consultant), mengira VP (Volume Point) dia dan budget untuk dia order product. Alhamdulillah berjaya menolong seorang lagi rakyat Malaysia untuk sihat dan langsing bergaya. Bulan ni juga aku berjaya finish strong untuk bergelar Supervisor selepas 2 kali naik stage GenH STS dan berikrar nak jadi Supervisor pada bulan ini juga. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga. Tq Allah....




Petang raya tu berkesempatan pergi Herbalife Office kat KL. Abah beriya ajak sebab beliau pun teringin pergi sana. Supportive sangat okay! I love my family, I love Herbalife.

Tahun ni Raya Haji kat Merlimau, Melaka iaitu rumah atok sedara aku. Best sangat sebab tok aku masak nasi Beriyani Gam Johor. Lazat sekali. Acara wajib adalah posing time dengan seisi keluarga.


Ini pic aku dan family, kalau raya puasa wajib sedondon. Raya Haji semua caca marba.


Sebelah petang kami jalan-jalan di kota Melaka, sebab dah bertahun tak ke sana (seingat aku last pergi sana masa aku study Diploma kat UiTM Perak dulu). Kami ni suka sangat bergambar, pantang tempat tu unik sikit mesti masing-masing cakap camni 'cepat...cepat...amik gambar' nampak tak kat situ over excited tau! Dialog wajib aku 'Dik amik gambar akak, nak masuk Instagram ni' hahaha sabar aje dan kalau korang boleh tengok muka adik aku time tu, mengandungi beribu makna tersembunyi (dia tunjuk muka 'whatever').



Ini dia photographer saya

Sekian....


Wednesday, October 9, 2013

TRIP TO SINGAPORE 2013

Assalamualaikum,

Hari ni tiba-tiba nak update entry pasal trip ke Universal Studios Singapore (USS) pada bulan Mac lepas. This is unplanned trip kerana diajak oleh salah seorang Facebook friend merangkap regular customer tempat kerja lama aku dulu. Ni semua gara-gara aku dok tweet kata nak bercuti ke oversea, end up pergi Singapore pun jadilah kan. haha






Tempat favorite semua tourist yang sampai kat USS (jenuh babe nak tunggu globe tu statik camtu)



Sementara tunggu Main Entrance buka semua dok posing depan tu (nampak benor muka tak sabar)


USS is the most entertaining place & full of excitement. Macam-macam ada dalam tu yang aku tak berapa tahu sebab tak minat sangat that kind of anime la, robotic la, filem-filem tu lagi la tak berapa nak ingat tajuk but the most valuable experience is you can feel every single scene dalam movie tu yang segala ribut taufan, gegaran, letupan dan segala macam thriller tu (aku lupa nama tempat tu) haha boleh tak lupa. 



Tak tahu apa yang menarik pasal makhluk ni yang penting aku pun join sekali posing sebelah dia (sebenarnya takut!)

Puas sangat sehari suntuk dari pagi ke malam jalan-jalan kat dalam tu. Boleh kata semua tempat aku dan kawan-kawan dah jelajah. Pantang nampak ada 'show' mesti kitaorang ada menempel kat situ, sampai Sesame Street Studio pun kami masuk sekali. 




Dalam USS tu memang banyak giller Roller Coaster tapi aku fobia nak naik sebab gayat tinggi-tinggi ni. Mau pucat tak berdarah aku kat atas tu. Just jadi pemerhati kawan-kawan yang enjoy their moment up there.




Ngeri ok tengok rail Roller Coaster tu


Kami masuk kat satu tempat ni (entah apa namanya sebab tak perasan), apa yang aku tau kat situ visitor boleh naik tramp untuk round kawasan sekitar. Nak naik tramp tu kena beratur ikut turn sebab 1 tramp muat dalam 3-4 orang. Dalam kesibukan nak tunggu turn tu kami makan kuih bahulu beramai-ramai sambil chit-chatting lepas tu tiba-tiba ada seorang uncle ni pun join. Rupanya orang seberang (Indonesia) yang dah lama tinggal kat Singapore, dia bawa sedara dia melawat USS. Nama uncle ni Om Benjamin, friendly giller dan siap minta no phone salah seorang dari kami.





Bukan main lagi tu posing, haha nice to meet you Om Benjy



Inilah orang yang mengajak aku ke USS, Kak Liza


Banyak lagi nak cerita, sampai bila pun tak habis hehe so jamu mata je la tengok gambar-gambar seterusnya ye.



Aku dengan Asiah 



Tiga dara pingitan (berisi juga aku time ni)



Aku suka shot ni sebab unik sangat (thanks to Asiah sebab snap pic ni)



Gambar ni memang ada 'sesuatu' sangat sebab kitaorang 'feeling' ala-ala model Pearl haya gitu


Macam-macam ada kat USS, Jurassic Park pun ada



*Aku suka merchandise kat USS tu walaupun mahal sebab aku pengumpul merchandise tegar.

Sekian.

Monday, October 7, 2013

WEDDING DAY a.k.a MINI REUNION

Salam,

Entry kali ni nak cerita tentang Wedding day one of my UiTM friend since Diploma until Degree, Shakila and Afiq. Wedding day diorang ni juga dah macam mini reunion antara kawan-kawan di UiTM Perak dan UiTM Puncak Alam.

Majlis Resepsi diadakan pada waktu malam di Duchess Place, Jalan Ampang KL. Aku dan Liana bertolak dari Senawang pukul 6 petang sebab takut jalan jem plus kami ni follow je Waze tu sebab aku yang drive & agak kurang arif jalan area KL tu.

Sampai je lokasi majlis kami antara orang yang terawal sampai sebab kononnya jauh kan dari Senawang-Jalan Ampang tu, padahal 45 minit - 1 jam dah boleh sampai kan (nampak sangat betapa "laju" aku speeding).

Gambar-gambar di sekitar majlis:


Sementara tunggu bride & groom masuk hall sempat posing dulu



Bersama rakan-rakan seperjuangan di UiTM Perak


Gambar atas tu aku dengan Faradilla dan anak dia Hani. Dah kawen dan ada seorang anak (bila la turn aku nak sampai tu). Gambar bawah tu pula yang kiri tu la kawan merangkap Sponsor aku dalam Herbalife, Liana yang aku dok cerita pasal dia tu, then sebelah tu Farhana yang lama giller tak jumpa (last jumpa masa konvo Diploma 2011). Masing-masing dah berkerjaya & berjaya dalam bidang masing-masing. Liana lawa kot plus badan kecik, sampai aku ingat salah orang masa kat toilet hari tu.




Bride & Groom bergerak masuk hall, Shakila gorgeous sangat dah macam princess, diorang bagai pinang dibelah dua...bak kata omputih they are meant to be as husband & wife. Hapiness till Jannah...ameen. Gambar sebelah atas kiri tu aku dengan Wawa, dia pun dah jadi wife. Lama juga tak jumpa dia ni sebab lepas Diploma dia terus kawen & kerja. Semua ni classmate time Diploma, memang wedding ceremony ni la tempat nak reunion dengan semua orang, mengeratkan silaturahim sesama muslim.


Tak banyak pun capture gambar sebab rushing nak balik, maklumlah mata ni tak berapa tahan nak drive malam. Before balik kami pun posing dulu.



Tak perasan colour baju aku rupanya nak dekat sama dengan tema pengantin. Macam biasa melaram tudung dari Pearl Haya dan persalinan dari brand favorite aku From Jenna to Jo. Dua-dua brand ni memang aku minat to the max sebab rasa comfortable sangat....




Kalau dulu posing mesti nak senget ke kiri senget ke kanan untuk menghasilkan ilusi kurus katanya. Sekarang ni dah confident nak ambil angle fronter sebab dah slim and slender. Ramai tegur aku nampak slim kat wedding ceremony tu, ada yang usik kami: geng Herbalife la, coach Herbalife la. haha betapa kuatnya pengaruh aku dengan Herbalife tu sampai kawan-kawan ingat (mesti stalk FB aku hari-hari) haha. Tapi best juga sebab feedback positive dari member. Baru aku perasan setiap gambar senyum aku melebar je, sejak jadi Herbalifer ni memang aku suka sangat senyum bila bergambar.

Alhamdulillah semua nikmat pinjaman Allah, yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Jom sama-sama sihat dengan nutrisi Herbalife.


NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG HERBALIFE?
CALL/SMS/WHAT'S APP
012-756 1418

EMAIL
noralyaasnayahya@yahoo.com