Tuesday, October 29, 2013

J.O.D.O.H

Bismillah

Mesti ramai yang tertanya apa relevannya entry kali ni dengan tajuk di atas. Bila dah nak masuk tahun 2014 ni bermakna umurku juga bertambah setahun. Dan mulalah ramai yang bertanya bila nak bertemu J.O.D.O.H? Okay soalan cepumas ni! Jawapan standard aku adalah "In sha Allah masanya akan tiba" (ceh skema semacam jer). Kawan-kawan ramai dah membina masjid & mahligai cinta abadi, dan dah ada little Jewel of Jannah (anak), but I'm COOL & okay saja. Terus mendoakan mereka bahagia hingga ke Syurga.

Sebenarnya J.O.D.O.H ni pada pendapat aku bersifat Universal. Datang tanpa diundang, kalau dah jodoh tak ke mana (bak kata orang tua-tua). Di usia 24 tahun ni aku rasa ada baiknya bila dah jumpa Mr. Right a.k.a bakal Imam tu tak payah nak tunggu lama-lama, segerakan perkara yang WAJIB iaitu PERNIKAHAN

Kenapa perlu segera BERNIKAH?

1. Perkara WAJIB dalam Islam.

2. MENGHALALKAN hubungan antara lelaki dan perempuan.
3. Membina keluarga Sakinah, Mawaddah, Warahmah (sekali keluar terms Arab la).

Aku seorang yang suka belajar dari kesilapan lalu dimana kegagalan menjadi kekuatan untuk aku terus memperbaiki segala kelemahan pada diri. Every single thing yang terjadi dalam hidup kita di dunia ni Allah datangkan bersebab, iaitu sebab untuk kita muhasabah diri. For the next aku harap Allah berikan aku J.O.D.O.H yang betul-betul boleh bimbing aku, yang hargai aku apa adanya, yang bertanggungjawab, yang hormat & sayang family aku ,SOLEH (impian setiap wanita) & the most important thing dia mesti 100% SUPPORT aku untuk buat HERBALIFE. Orang kata BERCINTA selepas nikah adalah cinta yang paling indah (I wanna feel it) haha Tak nak cerita banyak sangat sebab perjalanan masih jauh & banyak lagi misi & visi yang belum tercapai but we never knows about HIS plan, seperti kata sponsor aku "Hold tight your believe towards Allah planning", jodoh itu rahsia Allah katanya (deep words sangat).

Aku akan pegang kata-kata ni 'Jodoh itu Rahsia Allah' so aku akan 'simpan' jer bakal husband aku tu sampai hari Pernikahan (suspen sikit untuk uolls). No camera, no picture, no publicity....hahaha (ini dreams aku untuk future plan a.k.a WEDDING). 

Sekarang ni usaha untuk mempersiapkan diri ke arah PERKAHWINAN, belajar apa yang patut, perbaiki diri untuk jadi MUSLIMAH sejati (hiperbola sungguh) - doakan aku dalam mengejar impian yang satu ini. Ameen.... :-) so jangan tanya lebih, seperti "Dah ada calon ke?", "dah nak kawen ke?" kerana yang pasti Allah dah RESERVED seseorang untuk aku (padahal tak tahu pun siapa).

Sekian saja pendedahan eksklusif menjelang tahun 2014.


No comments:

Post a Comment