Hari ni tiba-tiba nak update entry pasal trip ke Universal Studios Singapore (USS) pada bulan Mac lepas. This is unplanned trip kerana diajak oleh salah seorang Facebook friend merangkap regular customer tempat kerja lama aku dulu. Ni semua gara-gara aku dok tweet kata nak bercuti ke oversea, end up pergi Singapore pun jadilah kan. haha
Tempat favorite semua tourist yang sampai kat USS (jenuh babe nak tunggu globe tu statik camtu)
Sementara tunggu Main Entrance buka semua dok posing depan tu (nampak benor muka tak sabar)
USS is the most entertaining place & full of excitement. Macam-macam ada dalam tu yang aku tak berapa tahu sebab tak minat sangat that kind of anime la, robotic la, filem-filem tu lagi la tak berapa nak ingat tajuk but the most valuable experience is you can feel every single scene dalam movie tu yang segala ribut taufan, gegaran, letupan dan segala macam thriller tu (aku lupa nama tempat tu) haha boleh tak lupa.
Tak tahu apa yang menarik pasal makhluk ni yang penting aku pun join sekali posing sebelah dia (sebenarnya takut!)
Puas sangat sehari suntuk dari pagi ke malam jalan-jalan kat dalam tu. Boleh kata semua tempat aku dan kawan-kawan dah jelajah. Pantang nampak ada 'show' mesti kitaorang ada menempel kat situ, sampai Sesame Street Studio pun kami masuk sekali.
Dalam USS tu memang banyak giller Roller Coaster tapi aku fobia nak naik sebab gayat tinggi-tinggi ni. Mau pucat tak berdarah aku kat atas tu. Just jadi pemerhati kawan-kawan yang enjoy their moment up there.
Ngeri ok tengok rail Roller Coaster tu
Kami masuk kat satu tempat ni (entah apa namanya sebab tak perasan), apa yang aku tau kat situ visitor boleh naik tramp untuk round kawasan sekitar. Nak naik tramp tu kena beratur ikut turn sebab 1 tramp muat dalam 3-4 orang. Dalam kesibukan nak tunggu turn tu kami makan kuih bahulu beramai-ramai sambil chit-chatting lepas tu tiba-tiba ada seorang uncle ni pun join. Rupanya orang seberang (Indonesia) yang dah lama tinggal kat Singapore, dia bawa sedara dia melawat USS. Nama uncle ni Om Benjamin, friendly giller dan siap minta no phone salah seorang dari kami.
Bukan main lagi tu posing, haha nice to meet you Om Benjy
Inilah orang yang mengajak aku ke USS, Kak Liza
Banyak lagi nak cerita, sampai bila pun tak habis hehe so jamu mata je la tengok gambar-gambar seterusnya ye.
Aku dengan Asiah
Tiga dara pingitan (berisi juga aku time ni)
Aku suka shot ni sebab unik sangat (thanks to Asiah sebab snap pic ni)
Gambar ni memang ada 'sesuatu' sangat sebab kitaorang 'feeling' ala-ala model Pearl haya gitu
Macam-macam ada kat USS, Jurassic Park pun ada
*Aku suka merchandise kat USS tu walaupun mahal sebab aku pengumpul merchandise tegar.
Sekian.
No comments:
Post a Comment