Rasa macam dah lama tak update blogku ini. Lappy ku di format sebab serangan virus. Since dah setahun aku habis study ni memang aku jarang on lappy because of aku kerja, lepas habis jer study terus dapat kerja without menganggur lama.
Lappy aku dah di format dan 'advance' sekali. hahaha best jer lepas ni nak update blog selalu. Selain busy dengan kerja dan part-time business (Herbalife Independent Distributor), parents aku boleh lagi ajak pi family vacation (fully sponsored by Abah den). Esok dah nak berangkat tapi aku satu apa tak prepare kot, baju tak packing, segala makanan yang nak dibawa tu pun tak beli lagi (aku ni kalau pi tempat orang memang tak lalu nak makan) dan yang pastinya aku tak akan tinggalkan shake Herbalife dan segala produk-produk Herbalife ku sayang (peduli la orang nak kata aku ni gila produk or obses, but YES I'm a Hard Core fans of Herbalife Nutrition).
To all Herbalifer where ever you go don't forget to bring along your products together because nanti mesti you all rasa sangat tak best kalau tak minum shake walau sehari. Alhamdulillah so far aku tak pernah lagi skip minum shake walaupun sehari (since aku serious consume product dari June haritu). Ummi aku siap pesan, "Bawa shake Strawberry" haha jaga kulit sebab bila travel ni memang kami akan kurangkan minum air (normal water intake 4-6 liter sehari) tapi bila travel ni maybe dalam 1-3 liter mengikut keperluan. Jangan pula tak minum langsung, nanti dehydrate pulak pastu mulalah sembelit, keluar jerawat segala (sayang sangat sebab dah bela kulit cantik-cantik tetiba keluar pulak jerawat besar seketul).
Vacation ni dah lama kami plan, keluar jer package terus booking (Abah aku hari-hari tanya dah booking belum). Dari urusan booking, contact travel agent semua aku yang buat (tetiba pandai pulak aku nak mem booking segala bagai ni). Apa yang pasti aku dah tak sabar sangat nak pergi vacation ni because it is not only a vacation but aku nak mencari business partner dari seberang untuk sama-sama menyampaikan misi sihat bersama Herbalife.
This is the list yang aku dah prepare awal-awal lagi untuk cari business partner abroad:
1. Pakai button. Basic dalam Herbalife, kalau tak pakai ibarat tutup kedai weii so be proud of your own company.
Button ni adalah paling best because people will really know that you are Herbalife Coach.
2. Branding la diri tu sebanyak mungkin. haha macam bawa la botol Herbalife tu. Just wear the brand.
3. Bawa bekalan flyer secukupnya. Macam aku plan untuk bagi setiap ahli trip dan walk n talk sementara tunggu flight. Sebab PT Rudi pernah bagitau dia pernah close product kat airport hasil walk n talk. Wow amazing sangat kan Herbalife ni. Then GET Jambang (nama samaran jer ni) pernah dapat customer foreigner dalam flight (dalam flight pun boleh kot). Mill Team Kak Nadia baru ni pun dapat new customer dalam flight, Pilot lagi tu. Aku inspired giller kat diorang ni, no wonder la boleh success di usia below 30.
Moral of the story aku tak boleh nak segan-segan lagi dah, bak kat Mill Team Kak Yana "Dari jauh senyum seikhlas hati, dah dekat just cakap camni, ni untuk akak pastu cakap tq" normally prospect akan call untuk tanya about product. Skill ni untuk beginner macam aku yang jarang sekali buat DMO flyering, so boleh mula dengan Walk n Talk dulu.
Cukup la entry aku setakat ni, sambil ambil mood nak mula kerja sambil update blog (bila mood vacation jadi lagu ni la, nak Friday Blues la konon hahaha).
Next entry will be update soon.
No comments:
Post a Comment