Wednesday, October 16, 2013

AIDILADHA 2014: QUALITY TIME WITH MY FAMILY

Salam Aidiladha,

Hari ni raya ke-2 (bajet raya Aidilfitri) haha memandangkan takbir raya masih berkumandang tak terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga pengorbanan kita semua dilimpahi barakah dari-Nya.

My company bagi cuti dari hari Isnin so boleh aku berehat sepuasnya walaupun bisnes berjalan seperti biasa (refer to part-time Herbalife Personal Wellness Coach). Hari Isnin tu sibuklah aku tolong sorang downline yang juga cousin aku untuk upgrade ke 35% (Senior Consultant), mengira VP (Volume Point) dia dan budget untuk dia order product. Alhamdulillah berjaya menolong seorang lagi rakyat Malaysia untuk sihat dan langsing bergaya. Bulan ni juga aku berjaya finish strong untuk bergelar Supervisor selepas 2 kali naik stage GenH STS dan berikrar nak jadi Supervisor pada bulan ini juga. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga. Tq Allah....




Petang raya tu berkesempatan pergi Herbalife Office kat KL. Abah beriya ajak sebab beliau pun teringin pergi sana. Supportive sangat okay! I love my family, I love Herbalife.

Tahun ni Raya Haji kat Merlimau, Melaka iaitu rumah atok sedara aku. Best sangat sebab tok aku masak nasi Beriyani Gam Johor. Lazat sekali. Acara wajib adalah posing time dengan seisi keluarga.


Ini pic aku dan family, kalau raya puasa wajib sedondon. Raya Haji semua caca marba.


Sebelah petang kami jalan-jalan di kota Melaka, sebab dah bertahun tak ke sana (seingat aku last pergi sana masa aku study Diploma kat UiTM Perak dulu). Kami ni suka sangat bergambar, pantang tempat tu unik sikit mesti masing-masing cakap camni 'cepat...cepat...amik gambar' nampak tak kat situ over excited tau! Dialog wajib aku 'Dik amik gambar akak, nak masuk Instagram ni' hahaha sabar aje dan kalau korang boleh tengok muka adik aku time tu, mengandungi beribu makna tersembunyi (dia tunjuk muka 'whatever').



Ini dia photographer saya

Sekian....


2 comments:

  1. hehe ika pun adik2 sllu buat muka whatever tu klu suh dorang snap

    ReplyDelete
  2. haha camtu la adik kita kan. Jeles dengan kakak dia sebenarnya.

    ReplyDelete