Saturday, September 6, 2014

HERBALIFE EXTRAVAGANZA 2014

Bismillah....


Entry kali ni nak throwback pasal Herbalife Extravaganza 2014 yang berlangsung di Singapore bulan May hari tu (okay macam dah lama baru nak update kan) bukan apa aku nak refresh memory during travelling sambil training menambah ilmu pengetahuan.

Tak banyak nak cerita pun sebenarnya sebab aku lebih suka nak bagi korang tengok gambar-gambar sepanjang disana. This is my 2nd time visiting Singapore (dua-dua kali pun guna duit sendiri -tapi Abah still sponsor sikit masa gi USS dulu, faham-faham la cost of living kat sana kan....hihihi).

Untuk penginapan masa kat sana hari tu best....bagus join event Herbalife ni sebab tak payah fikir apa pun....semua group dah arrange, tinggal bawa badan & duit je pegi sana. Hotel best....makanan best...training super duper awesome! yeaahhh sebabnya guest speaker semua hebat-hebat...daebak!!!! aku suka attend training sebab aku nakkan cerita baru dan inspirasi dari orang-orang yang berjaya dengan business diorang, walaupun aku tak tau turn aku bila at least aku datang belajar & korek rahsia diorang.

Belanja gambar sikit, korang sila la tengok ye....


Kat luar hall, orang dah berkumpul seawal 5 pagi tau semata-mata nak berebut masuk. Seriously sakit-sakit badan berhimpit-himpit nak masuk hall. Nasib tak terpisah dengan team.


Sampai je dalam hall terus bergambar, excited nak belajar. Walaupun terpaksa berebut dengan lebih kurang 10,000 orang aku tetap still ada energy nak terus belajar. Sempat juga tukar product dengan distributor dari negara lain.


Power lunch...makan nasi bungkus kat Singapore ni seriously different dari kat Malaysia, nasi & lauk stok makan 2 orang. So aku share dengan Yana (my sponsor). Puas hati bayar mahal weiiii....hihihi


Bergambar dengan distributor dari Taiwan, dua-dua ni Millionaire Team...umur 20++ dah Mill okay.


Gambar masa registration, Day 1 training.


Done with throwback Extravaganza Singapore 2014....so boleh focus on checklist for the next vacation....

Update seterusnya....later on....

No comments:

Post a Comment