Alhamdulillah selamat pergi dan kembali dari percutian 4 hari 3 malam di Ho Chi Minh City, Vietnam. The second time fully own paid vacation after Singapore May yang lalu, alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk aku menjejaki negara orang buat kali keempat (dah merentasi 3 buah negara berdekatan...insha Allah more will come in the future).
Untuk pengetahuan this is first time vacation with my friend, rakan sekerja merangkap bff (please jangan jemu tengok gambo masing-masing). Introducing Kak Zura, Abang Danie (husband Kak Zura) and Tyara. hahaha saje nak kenalkan sebab satgi aku akan mention nama depa ni berulang-ulang kali.
Sebenarnya percutian ni dah lama kami plan since April lagi, so we have a longgg time untuk kumpul duit...hahaha very typical Malaysian gitu. Alhamdulillah everything run smoothly dan tibalah hari yang dinantikan.
Isnin - 8 September 2014
Seawal 9.30 pagi dah berkumpul kat Taman Bandar Senawang, naik bas ke KLIA 2 (terus rasmikan aiport baru) hahaha kemain cik Aloya....happy sangat nak pi holiday jauh sikit. Dalam pukul 10 lebih macam tu bila semua ahli rombongan dah cukup kuorum kami semua bertolak ke Klia 2 disebabkan kami pergi in group lebih kurang 18 orang ahli (makcik, pakcik, abang, kakak, termasuk kami yang muda belia ni) merasa la join trip dengan mereka ni, banyak jugak la belajar bersabar dengan mereka ni. hahahaha ok je sampai hari terakhir disana, first impression aku macam "oh man trip makcik pakcik? habislah kite!" tapi betul kata orang tak kenal maka tak cinta, rupanya depa ni sporting dan "havoc" gitu.
Sampai di Klia 2 dalam pukul 12 camtu sebab kami berhenti lunch dulu before sampai airport, so masing-masing prepare untuk check in dan timbang luggage. Nak tau berat luggage cik Aloya? 15 kg tau! oh my kg....hahaha (mana taknya dalam tu semua aku sumbat...faham-faham la ye).
Sibuk cik Aloya check depart time walhal dah tau pukul berapa kan....(sila abaikan tong sampah itu).
Sempat jugak kami bergambar sementara tunggu nak naik flight. Belanja gambar sikit....
Kami berlepas dari Klia 2 pada jam 3:15 petang waktu Malaysia (delay sikit sepatutnya berlepas jam 2:55) dan sampai di Ho Chi Minh jam 4:20 waktu tempatan (pukul 5:20 waktu Malaysia disebabkan Vietnam lewat sejam dari Malaysia lebih kurang 2 jam lebih jugak dalam flight. First time naik Air Asia dan seat dekat dengan Emergency Exit menyebabkan seat tu tegak sepanjang perjalanan (sakit pinggang cik Aloya). Cerita dalam flight tu, dah lapar sangat so order nasi lemak...amik kau RM15 + Mineral Water RM4 nasib sedap tau! Apa pun Air Asia ni not bad la, plus murah....
Sampai je di Tan So Nhat Airport, Ho Chi Minh kami berposing puas-puas...dalam bas pun jadi Lol! canggih jugak airport diorang much better than Soekarno Hatta Airport, Jakarta...oppss siap buat comparison pulak.
Selesai check in di Thanh Truong Hotel kami pun rehat sepuasnya sebelum keluar dinner pada jam 7 malam. Kat sana pukul 6 dah gelap gelita macam pukul 8 kat Malaysia. Malam tu kami dinner di restoran halal Nabil Briyani House selang sebuah kedai je dari hotel.
Alhamdulillah, bilik yang selesa dan sangat sesuai untuk traveller yang tak lepak bilik langsung macam kami, disebabkan jadual yang padat sebab pegi dengan travel agency. Yang pasti semua dah diatur oleh tour leader. Bawa duit pegi shopping je no worries babe.
Riang ria dapat dinner kat Nabil Bryani House...komen pasal restoran ni not bad la tapi tak tau kenapa aku macam tak lalu sangat dengan cara masakan orang Vietnam sebab tak menepati taste cik Aloya. hahaha rasa macam sikit je aku makan.
Tamatlah cerita hari pertama di Ho Chi Minh....akan bersambung dalam entry seterusnya....
Tunggu.....







No comments:
Post a Comment